Saturday 21 July 2012

FADHILAT DAN KELEBIHAN SOLAT TARAWIH

Saidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Rasulullah s.a.w. iaitu jawapan
baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam
di bulan Ramadhan.
Beliau bersabda bahawa :



MALAM ke 1
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

MALAM ke 2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih,serta dosa-dosa kedua ibu bapanya.


MALAM ke 3
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.


MALAM ke 4
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperoleh pahala sebagaimana pahala yang diperoleh oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur , Injil dan Al-Quran.


MALAM ke 5
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.


MALAM ke 6
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap bahu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

MALAM ke 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hammann.


MALAM ke 8
Allah S.W.T mengurniakan pahala kepada orang yang bersolat Tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.


MALAM ke 9
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

MALAM ke 10
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dah akhirat.


MALAM ke 11
Ia meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.


MALAM ke 12
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.


MALAM ke 13
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukkan.

MALAM ke 14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T tidak akan menyesatkan mereka.


MALAM ke 15
Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


MALAM ke 16
Allah S.W.T menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


MALAM ke 17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


MALAM ke 18
Malaikat akan menyeru : Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).


MALAM ke 19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


MALAM ke 20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.


MALAM ke 21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat daripada cahaya.


MALAM ke 22
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman daripada sebarang huru-hara pada hari tersebut.


MALAM ke 23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.


MALAM ke 24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk 20 tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


MALAM ke 25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.


MALAM ke 26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala 40 tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


MALAM ke 27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi Titian Sirat sepantas kilat.


MALAM ke 28
Allah S.W.T akan menaikan kedudukan 1000 darjat di akhirat.


MALAM ke 29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala 1000 haji yang Mabrur.


MALAM ke 30
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud) : Wahai hambaku ! , makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam Syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama Salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

No comments:

Post a Comment