Sunday 22 July 2012

TUNJUK AJARKU SIFU

Assalamualaikum....
Selamat berpuasa semua....
Okay, post kali ini saya buatkan khas utk seseorang.....(suspens je)
Hmm, dia merupakan seorang wanita.....jeng3
Nama glamournya dikalangan keluarga ialah Along....kalo kwn dia pulak panggil dia fatin or athirah...
Dia merupakan pemilik blog http://petanipintar.blogspot.com.......(usha2 la nnt k)
Tak lama lagi dia akan menyambung perjuangannya di UM......kos usuluddin-dakwah....
Sebenarnya dialah yang telah bnyk memberi tunjuk ajar kepada saya utk membuat blog nieeee....tengs along~
Sebelum ni, kami berkongsi hobi yang sama iaitu berbasikal dan berjogging pada waktu petang di sekitar rumah kami yang indah lagi permai ini......ngee
Motif utama kami ialah untuk menyihatkan badan serta meninggalkan lemak2 berlebihan di tepi jalan sewaktu kami sebok berjogging.....hihihi
Sempena bulan Ramadhan ni, kami cuti dr bersenam sekejap.....takot x sempat smpai umah lak kalo berjogging ptg2 tue....ahaks
Lepas raya ni, along dan saya akan pergi ketempat perjuangan kami masing2....lepas tu, x tahu bila pulak boleh berjumpa untuk menjalankan aktiviti berjogging bersama2.....muahaha..tah pape ayat aku nih....
Apapun, kak nun wish semoga along dapat menyesuaikan diri nanti, dan gembira mendapat kawan baru disana nantiii.....Semoga dipermudahkan segala urusan......amin....
Walaupun kita terpisah jauh, tapi facebook ada menghubungkan kita...cece....
Kenang daku dalam doamu....;)

Sebelum berpisah, nah beberapa pic kitorang....




Okay....itu sahaja....bye...Salam.....^_^

Saturday 21 July 2012

FADHILAT DAN KELEBIHAN SOLAT TARAWIH

Saidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Rasulullah s.a.w. iaitu jawapan
baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam
di bulan Ramadhan.
Beliau bersabda bahawa :



MALAM ke 1
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

MALAM ke 2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih,serta dosa-dosa kedua ibu bapanya.


MALAM ke 3
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.


MALAM ke 4
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperoleh pahala sebagaimana pahala yang diperoleh oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur , Injil dan Al-Quran.


MALAM ke 5
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.


MALAM ke 6
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap bahu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

MALAM ke 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hammann.


MALAM ke 8
Allah S.W.T mengurniakan pahala kepada orang yang bersolat Tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.


MALAM ke 9
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

MALAM ke 10
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dah akhirat.


MALAM ke 11
Ia meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.


MALAM ke 12
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.


MALAM ke 13
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukkan.

MALAM ke 14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T tidak akan menyesatkan mereka.


MALAM ke 15
Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


MALAM ke 16
Allah S.W.T menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


MALAM ke 17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


MALAM ke 18
Malaikat akan menyeru : Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).


MALAM ke 19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


MALAM ke 20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.


MALAM ke 21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat daripada cahaya.


MALAM ke 22
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman daripada sebarang huru-hara pada hari tersebut.


MALAM ke 23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.


MALAM ke 24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk 20 tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


MALAM ke 25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.


MALAM ke 26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala 40 tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


MALAM ke 27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi Titian Sirat sepantas kilat.


MALAM ke 28
Allah S.W.T akan menaikan kedudukan 1000 darjat di akhirat.


MALAM ke 29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala 1000 haji yang Mabrur.


MALAM ke 30
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud) : Wahai hambaku ! , makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam Syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama Salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

TIPS KEJUTKAN ORG BANGUN SAHUR

Photo: TIPS KEJUTKAN ORG BANGUN SAHUR yg agak MENCABAR hihi
khas utk org yg liat bangun sahur...

1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil nama dia perlahan2
2. Sentuh bahu orang yang tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia...
3. Renjis air kat muka dia...
4. Tampar tampar manja pipi dia..
5. Tutup kipas/air cond

Tapi kalau still tak ada effect,

1. Jerit nama dia sekuat hati...
2. Gigit ibu jari kaki dia, macam hantu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam dan stokin busuk korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat - kuat dan jerit 'tsunami!' tsunami!

Tapi kalau still tak ada effect gak,

1. Pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak - banyak kali...
2. Pergi dekat dengan dia dan baca je surah Yaasin!

Tapi kalau still tak ada effect gak...Ni je la cara terakhir

1. Panggil je orang masjid atau surau untuk uruskan...kerana Tuhan lebih menyayanginya...Innalillahi wa inna ilaihi roji un...

Friday 20 July 2012

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum.....
Selamat berpuasa u ollz.....(kpd yg x buleh posa tu nnt ganti keh) hihi
Okay, hari ni 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan tahun 1433H......
Kejap ja masa berlalu.....x lama lagi raya pulak....cece...baru 1st day posa...heee
Hmm, dalam menjalani ibadah puasa ni, korang kalo buleh jangan la buat kesilapan yang kerap muslim lalukan dalam bulan Ramadhan........
Saya ada terbaca kt blog Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, dia ada tulis beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh kita muslim ni dalam bulan Ramadhan.....


Jom kita tgk apa dia kesalahan tu......



Haaa, tu la kesilapan yang kerap muslim lakukan dalam bulan Ramadhan.......
Disini saya ingin seru diri saya sendiri dan rakan2 smua agar menghindari kesilapan-kesilapan tersebut....
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan2 sebelumnya.....
Anggaplah Ramadhan kali ini umpama Ramadhan yang terakhir untuk kita......
Semoga ibadah yang dikerjakan diterima oleh-Nya.....Ameen~

Thursday 19 July 2012

MUKADIMAH

Assalamualaikum....
Apa khabar u ollz? sehat?
Saya baru nak berjinak-jinak dalam dunia blog ni.....^_^
This is my 1st post....so, apa kata kita berkenalan dulu.....ahaks
Nama saya Nabilah Hanun Binti Mohamad  Rathi..
Baru berusia 22 tahun.... (baru la konon)haha
Masih menuntut ilmu di sebuah institusi pengajian tinggi awam....ce teke katne....;P
Merupakan anak ke4 dari 5 orang adik beradik....
Saya ada 7 orang anak sedara yang kiut miut....tetibe rindu kat diorang.....sobs...;(
Saya berasal dari........saya pun x pasti dari mana.....rumah saya terletak di Kulim,Kedah.......
Tapi sekarang tinggal di Perlis.....saya dilahirkan di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang.....
so, u ollz teke sendiri la saya dari mana keh.....
Hmm, macam2 nk tulis tapi masa x mengizinkan.......
So, xpe....bnyk masa lagi....nnt kita sambung keh....bubyee 
This is meeeee.....kawan baru anda......HIHI


Bye! jumpa lagi..sekian terima kasih~